R1
susah-payah, jerih-perih, penat-lelah, jatuh-bangun, senyum-tawa, resah-gelisah, banjir-leleh & etc. telah mengiringi ayunan langkah kaki ini sebagai seorang pelajar tahun tiga. Segalanya terkandung hikmah yang tak mampu diduga oleh akal manusia, semuanya rahsia Allah. Alhamdulillah.
kesabaranku yang nipis-senipisnya telah beberapa kali koyak sepanjang perjalanan lalu. semuanya tidak sia-sia, insyaAllah. terpandang notis yang terletak di 'board' sering kali mengingatkan 'zaman kejatuhan' itu. pahit dikenang tetapi sebaik-baik sempadan & pengajaran, insyaAllah.
Alhamdulillah,
berupaya & diberi peluang oleh Allah untuk meluangkan masa atau cuti yang terhad bersama anugerah Allah yang terindah iaitu famili. seribu-satu perkara yang berlaku & tidak berkesempatan berlaku semuanya aturan Allah.
R2
" terima kasih kak long tolong mak "
suatu baris ayat yang tak pernah diduga & tak terlintas sekilas pon di fikiran terungkap dari seorang insan yang telah banyak sangat mencurah segalanya untuk kami, menelan segala pahit yang mendatang dalam membesarkan kami, setia mendengar keluh-kesah kami walaupon sebaliknya keluh-kesahnya tidak didengari oleh kami..
suatu baris ayat yang membuatkan aku terpaku. terpana. berat kaki nak melangkah. kerana aku tahu dia sangat-sangat memerlukan aku ketika itu. kesibukan yang memuncak. gelodak hati & perasaan yang tak mampu aku selami sekalipon aku mencuba kerana tak mungkin aku faham kerna aku tidak ditempatnya. Ya Allah, kuatkan semangatnya, permudahkanlah urusannya, ampunilah dosanya, kasihanilah dia & kurniakanlah dia sebaik-baik tempat rehat di 'sana' nanti bersama abah. amin.
kak long sayang mak & abah kerana Allah (satu ungkapan yang belum terucap di bibirku & belum didengari oleh telinga mak & abah)
R3
keputusan peperiksaan yang buat pertama kalinya membantu menaikkan CGPA, alhamdulillah.
terima kasih kepada semua yang Allah kirimkan untuk berada di sisiku, alhamdulillah.
semoga kita dapat bersama-sama memakmurkan bumi Allah, menegakkan syiar Islam, & mengukuhkan ummah dengan segala yang ada pada kita, insyaAllah.
amin.
R4
semester pendek bermula dengan langkah selaku pelajar tahun empat. alhamdulillah.
permudahkanlah Ya Allah.
R5
Women Conference: Being Me
alhamdulillah atas segalanya.
kesempatan yang diberikan sekalipon di saat-saat akhir.
kemudahan yang Allah kirimkan kepada kami bertiga.
jazakAllahu khairan kathira Sis Nadiah & Sis Emily.
pertemuan & ukhwah yang terjalin.
'speakers' yang sangat bagus, penyampaian yang bagus, pengisian yang terbaik, alhamdulillah.
R6
Alhamdulillah, diberi kesempatan mengamalkan sunnah Rasulullah yang selama ini bermain-main di fikiran. Alhamdulillah dengan izin Allah dapatlah kami berbisnes.
teringat hadis yang menyatakan lebih kurang begini maksudnya; "apabila dua orang menjalankan perniagaaan, selama mana kedua-duanya jujur & menghidarkan diri dan perniagaan dari unsur-unsur yang tidak baik, Allah yang ketiga di antara keduanya."
MasyaAllah..
semoga diredhai oleh Allah & dipermudahkan oleh Allah hendaknya, amin.
R7
pertama kali menyertai program mentoring bersama anak-anak orang asli di sekolah. satu pengalaman baru bagi aku. insyaAllah akan menyertainya buat kali kedua pada hujung minggu ini.
^_________^'
No comments:
Post a Comment