Bas berhenti ambil penumpang..ada seorang budak lelaki lengkap berpakaian sekolah menggenggam erat tangan adik perempuannya memasuki bas. kedua-dua beradik itu kelihatan lebih kecil berbanding umur mereka..
Sepanjang berada dalam bas, mataku tidak lepas dari memandang tingkah-laku mereka. Si abang sangat bertanggung-jawab manakala si adik sangat mendengar kata nampaknya. Si abang menyimpan botol air di dalam beg nuri adiknya..
sangat sejuk memandang kedua-duanya sampai terkenang-kenangkan adik-adikku di rumah.adik-adikku selalu saling menyakat sesama sendiri..
Setelah tiba di satu kawasan berdekatan dengan masjid, si adik tadi pon turun dari bas. Barulah aq sedar yang si abang merupakan pelajar sekolah menengah, bukan sekolah rendah. Si abang memandang ke bawah melihat adiknya sehinggalah bas berlalu pergi. mungkinkah mereka saling melambai tangan? itu aq tidak tahu..
Tidak lama selepas itu, bas melewati kawasan sekolah di Mutiara Gombak. si abang pon berdiri di pintu belakang bas sebelum turun. Ketika itu mataku tertancap pada kasut sekolah si abang. MasyaAllah, Subhannallah.. kasut sekolahnya berlubang! berlubang besar! dan nmpak seperti sudah bertahun-tahun tidak berganti. hatiku tersentap. ya, hatiku tersentap! sebak rasa di dalam hati mengenangkan keadaan itu.
Masih ada lagi pelajar sekolah yang terpaksa hidup sebegitu.
tidak ada kah bantuan pakaian, kasut & beg sekolah dari pihak sekolah untuk mereka?
tidak mungkin tiada bantuan.
tidak mungkin tiada guru yang melihat keadaan murid itu.
tidak mungkin mereka hanya memandang tanpa ada yang mahu membantu!
sepasang kasut sekolah buat pemangkin semangat dan keyakinan pelajar itu untuk ke sekolah yang hanya berharga kurang dari RM50, tiada seorang pun yang sudi memberi?
atau mungkin kah kehidupannya sangat susah hinggakan duit bantuan yang diberikan kepada setiap murid terpaksa digunakan untuk hal-hal yang lebih penting?
sungguh, sungguh itu bukan kasut sekolah layaknya!
No comments:
Post a Comment