"Apesal ko nak balik cepat sangat ah?"
"Tak boleh tunggu Khamis pagi ke?"
Tak. Tak boleh tunggu. Huhuhu ^___^
Kenapa nak kena tunggu? Nak balik rumah kottt ..! Mesti la balik secepat yang mungkin..
Bab-bab nak balik rumah, tak pernah berubah. InsyaaAllah tak akan berubah.
Aku masih aku yang dulu.
Yang menghitung hari nak balik rumah bermula dari saat beli tiket lagi.
Walau sudah lain suasana rumah..walau sudah tidak seramai dahulu..hatta sunyi sekalipun, berada di rumah tenang nya lain macam.
Tenteram nya hati dapat jumpa Mak & Abah setiap hari.
Rasa selamat.
Entah sampai bila dapat peluang macam ni..hargai ketika masih dipinjamkan waktu oleh Allah..wallahua'lam :)
No comments:
Post a Comment