Showing posts with label RENUNGAN SEJENAK. Show all posts
Showing posts with label RENUNGAN SEJENAK. Show all posts

Tuesday, March 30, 2010

AL-KISAH POHON EPAL...



Suatu masa dahulu t'dapat sebatang pohon epal yg sgt besar. Seorang kanak-kanak begitu gemar b'main-main di sekitar pohon epal itu. Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan buah epal sepuas-puas hatinya dan adakalanya dia beristirehat lalu terlelap diperdu pohon epal tersebut. Kanak-kanak itu begitu menyayangi tempat permainannya itu. Pohon epal itu juga turut menyayangi kanak-kanak tersebut sepenuh hatinya. Masa berlalu....


Kanak-kanak itu sudah besar lalu menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia dtg kpd pohon tersebut dgn wajah yg sedih. "Marilah bermain-main di sekitarku", ajak pohon epal itu. "Aku bkn lagi kanak-kanak. Aku tidak lagi gemar bermain-main dgn engkau," jawab remaja itu. " Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang utk membelinya." Tambah remaja itu dgn anda yg sedih. Lalu pohon epal itu berkata,"Kalau begitu petiklah buah-buah epal yg ada padaku. Juallah utk mendapatkan wang, dgn itu kau dpt membeli permainan yg engkau inginkan." Remaja itu dgn gembiranya memetik semua epal di pohon itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi slps itu. Pohon epal itu merasa sedih. Masa berlalu lagi dan suatu hari remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.


Pohon epal itu berasa gembira. "Marilah bermain-main di sekitarku", ajak pohon epal itu. "Aku tiada waktu utk bermain. Aku terpaksa bekerja utk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sbgai tmpt perlindungan utk keluargaku. Bolehkah engkau menolongku?" tanya budak itu. "Maafkan aku. Aku tidak punyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yg besar ini dan kau buatlah rumah drpdnya" pohon epal itu memberi cadangan. Lalu remaja yg semakin dewasa itu memotong kesemua dahan epal itu dan pergi dgn gembiranya. Pohon epal itu pun turut merasa gembita tetapi kemudian dia berasa sedih kerana remaja itu tidak lagi kembali selepas itu.

Suatu hari yg panas, seorg lelaki dtg menemui pohon epal itu. Dia sebenarnya budak lelaki yg pernah bermain-main dgn pohon epal itu. Dia telah matang & dewasa. "Marilah bermain-main di sekitarku," ajak pohon epal itu. "Maafkan aku tetapi aku bukan kanak-kanak kecil yg suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita utk belayar. Malangnya aku tidak mempunyai bot. Bolehkah engkau menolongku?" tanya lelaki itu.
"Aku tidak mempunyai bot utk diberikan kpd kau. tetapi kau boleh memotong batang pohon ini utk dijadikan bot kau. Kau akan dpt belayar dgn gembira," kata pohon epal itu. Lelaki itu merasa sgt gembira & menebang batang pohon epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dgn gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu. Namun begitu, pada suatu hari, seorg lelaki yg semakin dimamah usia dtg menuju pohon epal itu. Dia adalah budak lelaki yg pernah bermain-main di sekitar pohon epal itu.

"Maafkan aku. aku tidak punya apa-apa lagi utk diberikan kpd engkau. Aku sudah memberikan buahku utk kau jual, dahanku utk kau buat rumah, dan batangku utk aku jadikan bot. aku hanya ada tunggul dan akar yg hampir mati..." kata pohon epal itu dgn nada sayu. "Aku tidak mahu buahmu kerana aku sudah tidak ada gigi utk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua utk memotongnya, aku tidak mahu batangmu kerana aku tidak berupaya belayar lagi, aku merasa lelah dan ingin istirehat," jawab lelaki tua itu. "Jika begitu, istirehatlah di perduku," kata pohon epal itu. Maka lelaki tua itu duduk beristirehat di perdu pohon epal itu. Mereka menangis kegembiraan.

Sebenarnya, pohon epal yg dimaksudkan adalah kedua ibu bapa kita. Semasa kita masih muda, kita gemar bermain dgn mereka. ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka utk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka dan hanya pulang utk meminta pertolongan apabila kita berada dalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira dlm hidup. Anda mungkin terfikir bahawa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pohon epal itu, tetapi fikirkanlah, itulah hakikatnya bagaimana kebanyakkan anak-anak masa kini melayan kedua ibubapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kpd kita. Jangan kita hanya mengingati dan menghargai mereka ketika menyambut hari ibu atau hari bapa atau ketika jenazah mereka dikafankan baru kita ingin memeluk dan mencium mereka dan mengucapkan bahwa kita sayang mereka, kerana pd waktu itu mereka sudah tidak ada lagidi dunia ini....

Friday, February 26, 2010

12 Rabi'ul Awwal.....

hri kelahiran Rasulullah S.A.W....
hri yg sgt bermakna dlm sejarah Islam apabila pd hari itu 12 Rabi'ul Awwal tahun Gajah, lahirnya seorang Rasul utk memimpin umat manusia...Nabi Muhammad S.A.W..Alhamdulillah...

pada pg Jumaat (12 Rabi'ul Awwal ) hujan trun membasahi bumi Gombak ini..
kebiasaannya..hjn x trun d pg hari sebaliknya di waktu ptg...
namun pg itu...hjan yg trun amat2 mendamaikan & menyamankan...
seolah-olah membawa maksud yg tersirat....

langit seakan-akan mahu berkata:
"menangislah bersamaku, zahirkan kerinduanmu terhadap Baginda S.A.W.
menangislah kerana sehingga hri ini cintamu pada Baginda S.A.W. masih tidak setara cinta Baginda S.A.W. terhadap kamu....astaghfirullahal a'zim....
menangislah dek kealpaanmu terhadap dunia ini sehingga kamu melupakan tanggungjawabmu utk meneruskan perjuangan Baginda S.A.W.
menangislah atas segala dosa-dosamu yg menghitamkan hatimu,
sehinggakan cinta pada Baginda S.A.W. jarang-jarang sekali tumbuh subur dalam hati.
menangislah bersamaku...
duhai manusia yg lupa..."
**marilah kita sama2 m'perbanyakkan selawat ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W.**
p/s:kupinjamkan ayat (langit seakan-akan berkata) dri blog seorg blogger utk ttapan kita bersama..kerana...ianya sgt2 menyentuh hati ini...

Saturday, February 20, 2010

bismillahirahmanirahim




Dato' Dr. Fazilah Kamsah prnh b'pesan...


"setiap pg, sedekahkan lah al-Fatihah kpd kedua ibu bapamu (samada masih hdup / tlh tiada)" nescaya insyaAllah pintu rezekimu akan t'buka buat kamu..

Berdasarkan Hadith Nabi Muhammad S.A.W....


"Tidak akan t'putus rezeki seseorg selagi dia tidak meninggalkan doa kpd kedua ibu bapanya dlm sehari"


Huraian Hadith...

  • jgn sesekali meninggalkan doa kpd kedua ibu bapa (baik yg msh hdup mahupun yg tlh tiada)

  • Allah akan memurahkan rzeki kpd mereka yg tdak putus2 b'doa utk kdua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yg leka, doakan agar mereka berubah)
  • ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah kunci keredhaan Allah kpd kta..

  • semasa b'doa, b'doalah b'sungguh2...tadah tgn & bayangkan wajah ibu bapa kta, t'masuk guru2 kta & mereka yg bnyak menolong kita selama ini..(b'doa perlu bnar2 b'sungguh2)

  • mereka yg lupa b'doa utk kedua ibu bapanya, akan disempitkan rezeki oleh Allah..

Kesimpulannya...

  • bagi yg b'niaga, tak perlu ada ilmu pelaris sgla bagai. cuma ingat, doakan ibu bapa kita setiap hari..

  • rezeki bkn sahaja berupa wang ringgit, tetapi sgla nikmat yg kita dpt dri Allah (e.g: makan, kesihatan,kasih syg, ilmu, dsbnya...)

  • berusaha dan bertawakkal...insyaAllah, rezeki itu bkn kerana ada sijil SPm...(kata Azmil Mustapha) p/s: do u agree?? opinion is no right no wrong...

selamat beramal

semoga mendapat keberkatan darinya..amin..

ya Allah lindungilah & jauhkanlah diriku,ibu bapaku,ahli keluargaku, guru2ku, rakan2ku, dan semua umat islam dri azab siksaan kubur & azab api nerakaMu..

amin ya Allah, amin ya Rahman, amin ya Rahim..



p/s: syukran jazilan ya amalyna adnan....