Friday, November 12, 2010

6 hari lg...

salam...
hari ni merupakan hari terakhir bergelar pelajar tahun satu UIAM (officially). sbb dh check out from mahallah pg td...di hujung2 semester ni mmg kna cut hbs semua bnda..sbb dh hujung kan...sama la mcm org yg bekerja, kalau dh hujung2 skit 2 agak parah skit poket kan..^_^.. tambah pulak musim exam ni, mmg keja nk makan ja..lapar semedang...so, memandangkan periuk still in the room...lets cook!!!! yeeehaaa...!!

terima kasih kpd penaja-penaja yg sudi-sudi meringankan bebanan...maka hadirlah + terciptalah lauk 'BERSAMAMU'....

beras MERBOK = kak pa'an
'belanga' SARDIN= kak may
penyedia rencah= jiha
pembekal cili (terbaik dr kafe)= fiqa
chef SARDIN = seha
........................= me myself ^_^

sgt sedap..pergh...makan panas2 plak 2..mmg mengancam..itulah jua yg dinamakan jamuan akhir tahun kami budak2 first year..ngee..^_^ next year kita tggu dan lihat, apa bakal terjadi..


**kak seha & kak jiha...tgh 'mikior (loghat perak)' apa aq nk buat next year lak..^_^ **


** kak fiqa & 'adik' fiza... tok3...anyone there?? we are 'home'..^_^ **

semoga di bawah lindungan-Nya slaloo..amin...

Thursday, November 11, 2010

sab'ata yauman fauqot...


Kesekian kali
Kini ku berdiri
Tulus hati d hadapanmu
Masih... trus merayu dengarkan aku

Jalan yg berliku sepanjang hayatmu
Aku juga merasainya
Lantas aku mngerti & memahami

Lihatlah.... ke dlm hatimu
Percikan cahaya yg akan membara
Menjadi penerang segala yg d depanmu

Lihatlah.... jua ke hatimu
Akulah temanmu
Terimalah aku
Kitakan bersama, mengharung dunia fana ini

Lihatlah ke dlm hatimu
Percikan cahaya yg akan membara
Menjadi penerang segala yg d depanmu

Lihatlah ke dalam hatiku
Akulah temanmu
Terimalah aku
Kitakan bersama, mengharung dunia fana ini

Kesekian kali kuulangi lagi
Tidak akan pudar keyakinanku
Yg kau akan berdiri d atas kemuncak tggi

**kesekian kali...Suhaimi feat Munif Hijjaz**

1st time dgr lagu ni terus jatuh suka dgn lirik & lagu ni..kiasan dia sgt tggi (bg org yg cuba mengerti)...rindu semua kawan2 dulu yg slaloo ada sesama, sembang sesama, gelak+tangis+gaduh+ etc...

kita mungkin sgt rapat dgn segelintir kawan2 yg ada di sekeliling kita..bkn x nak rapat dgn semua tp itulah lumrah..kawan dgn semua tp sahabat dgn segelintir shja kan..sgt rindu kenangan2 dulu hingga terpikir nk adakan reunion...tp bila hampir dgn saat reunion 2, kita (or maybe saya sorg) akan rasa berbelah bagi..
adakah akan dpt bantai gelak & sembang mcm dulu2 masa zaman skolah?
kekokkah aq nnt?
nk mula sembang mcm mna? etc..
tp itulah jurangnya...walaupun masih boleh gelak & sembang tetap hati ini merasakan ada pemisah d tengah-tengah..ada sedikit kekurangan..atau mungkinkah saya sorg yg merasakan sebegitu..adakah hati & fikiran saya masih x dpat menerima keadaan sekarang yg ternyata jauh bezanya...yg ternyata memori hanya tggal memori...susah nk ckp bkn?

apa-apapun saya akan tetap optimist dgn anda semua...hargailah detik yg ada selagi masih bersama...agar tidak merasa terkilan di kemudian hari...ukhwah fillah...

- comelkan gmbar kotak 2?...
-akhirnya dh guna 1 gmbar 2...huhuhu
-seha, tq tlg downloadkan..hehehe
-ada beberapa hari sahaja lagi utk ucapkan selamat tinggal tahun satu...

Wednesday, November 10, 2010

8 days to go

salam...

dh rsa mcm tulis diari kat sni..ngeee...

hari ni 2nd last paper for this semester...marketing principle..quite tough (quite lain org lain thap..pd aq ianya tahap yg agak la...)
habis exam g pasar...1st time this semester jejak kaki kt pasar..dh last2 day bru nk g...hehehe..
nmpk je buah-buahan trus teringin nk mkn salad buah yg blom termakan-makan lg..trus checkedout ngan member yg tgh sedap tido kat blik(tettt...) soh g tgk kiosk ada jual thousand island x... tp network coverage kurg so x tau apa kputusannya...end up with something else..salad buah tggu giliran anda nnt!!!

beli air sorg 1, then trus mengorak lgkah ke mahallah halimah...jauh ooo....jln kaki....mission complete trus ikot short cut (yg terlebih short smpai hbs air) balik Nusaibah...
lps maghrib, makan..pergh, nikmat habis mkan bila btol2 tgh lapar... ari ni try otak-otak & sata moden...balut guna kulit popia n cucuk kat lidi je..tp tetap sedap..bru 1st time cuba...oo mcm 2 rasa dia...sedap..i like!!!

mlm ni nk cuti boleh??? ict banjir....hehhehee...

Tuesday, November 9, 2010

9 hari lagi....

APA KELEBIHAN SOLAT DI AWAL WAKTU?

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Wallahualam.

- Artikel iluvislam.com-

P/S: UBS external exam akan berlangsung jap lg...huhuhu...cuaknya!

Monday, November 8, 2010

10 days till the day comes...

ladies and gentleman, please.....give a big clap to this student!!
who is that??
the one who can bear being in the library for quit long time...study and study and study! menahan diri dgn kesejukan air-cond nya...hohohoho...
actually,bgus tau x study ni...dpt pahala...bekalan kita di dunia & akhirat...dan yg plg syahdu adalah kita mungkin sedang baca sebahagian dr karangan asal or tulisan asal para ilmuwan islam yg telah dinafikan hak mereka oleh org2 Barat...kalau kita bca hadis plak (dlm bahasa arab), kita menyebut perkataan2 yg sama yg prnah diungkapkan oleh Rasulullah S.A.W. suatu ketika dahulu..sbb 2 kalau bca hadis or quran x boleh main-main, x elok gelak-gelak... Subhanallah...

ptg td lps solat asar kat masjid, ada kuliah asar dkt masjid...imam(mungkin) tgh smpaikan khutbah dlm bahasa arab...i tried my best to rewind back my arabic word to understand the khutbah...dan rasa syahdu bial ada certain2 perkataan yg dh lama x dgr and alhamdulillah phm skit2..bila dgr org ckp arab then x pham..mesti teringat-ingat pertanyaan abah tahun lps ke 2 tahun lps...x pasti..

abah: kak long masih boleh ckp arab mcm kat skolah dulu ka?
aq: (tersentak..sbb abah x prnah tnya pon before ni) hmm...dh x brapa la abah..dh xdak cnfident sbb dh lama tggal..
abah: kat UIA x blajar dh ke bhsa arab?
aq: (waktu tu, malunya nk ngaku)..kak long x blajar arab lg dh sbb exempted msa test dulu..
abah: oohh...awat x amik class ja?..msuk ja class bljar tp xyah la amik exam..
aq: glupp....x sempat la abah...bnyk sgt kredit hour yg len..(dlm hati dh x tentu arah..btol jgk apa abah ckp..blajar je lah xyah amik exam)
abah: sayang la ...dulu dh teruk2 blajar arab, pastu tggalkan cmm 2 ja..dulu kan dh boleh ckp skit2...kalau truskan kan bgus..advantage pd org yg boleh ckp bnyk bhsa tau..
aq: 2 la kan...bkn senang dulu blajar...(dh x boleh bg apa2 jwpn lain sbb apa abah ckp adalah fact.. even you cannot accept it, you have to)

itulah kisahnya...mesti akan teringat conversation ni..

  • aduyai...bnyk lg nk cover nih...x habis lg baca marketing..exam dh dekat..ngee
  • adindaku di langkawi tgh demam...semoga cepat sembuh, insyaAllah...

Sunday, November 7, 2010

11 days to go…

Since ada kat umah acik, so ikot acik g pasar kat Tasik Biru…suka g pasar ni sbb apa xtau…hehhee

Mcm2 borong…stok utk seminggu kata acik..

Dlm pukul 3.15 baru tunggu bas nk ke KL dgn ude…last2 kitorg amik taxi ja ke sg. Buloh sbb bas x muncul2…tggu dkt sg. Buloh pon lama jgk..bas nk ke KL xde..slaloo situ bnyk gila bas… tp satu la bas kat situ, lambat…tp kalau bernasib baik, terlalu kerap plak bas dia ada..mcm x brapa sistematik…mgkin factor utama jd mcm 2 bila hnya 1 shja syarikat bas yg in charge kwsan situ…diorg monopoly…x kasi lgsung bas lain msuk…tp buat keja halai-balai…patot la monopoly ni x brapa bgus…tp ada jgk bgusnya kot, terselindung lg agaknya sbb asyik nmpak x elok ja..hehehhee

Mgkin sama dgn belajar kot…kalau blajar ja xdak exam, maka student2 (mcm aq) akan jd malas & culas.. x sungguh-sungguh belajar sbb mcm xdak 1 benda yg bertindak sbg penggerak or pendorong.. wah!! Fizah mengatakan exam sbg pendorong?? Adakah benar?? Tettt…..hehehhe..makanya kena admit lah nmpaknya yg kita punya educational system more on exam-oriented…agree???


Friday, November 5, 2010

Salasata a’shar yauman ila…..

· Alhamdulillah…kurang shat skit tp insyaAllah diampunkan dosa2 yg lalu…mari kita fighti!! (even kepala pening+hidung sumbat+etc)

· Hari ni 1st time g library spnjang musim final exam ni…sblom final da la jgk jejak sana..hehhee.. hari ni scara kebetulan being there…tp itulah ketetapan Allah…bertambah kenalan, bertambah ukhwah…harapnya, insyaAllah…^_^

· CAM (course assessment marks) da problem ckit..but the most important is tomorrow..hope my body will cooperate with me this night…insyaAllah…ngee^_~

· Ada pasang impian nk mkn maggi+telur mlm ni…dh booked rice cooker senior..hehehhe… juz wait n see..makan ke x, makan ke x, m…..hehehe

· Tiba-tiba terasa diri & org sekeliling dh smakin matang…^_^..apakah ada kena mengena dgn 13 days??? Dunno…wink~~~

· 3 paper lg..chaiyok2..teringin nk tulis about something..tp…nantilah…akan difikir kewajarannya dahulu & kesempatan…