Sunday, June 26, 2011

BUKAN KERJA SENANG, TAPI TIDAK MUSTAHIL!

bismillahirrahmannirrahim...

bukan senang nak berubah untuk jadi lebih baik, akan tetapi tidak mustahil. inilah ayat yang kerap kali aku ucapkan terutamanya kebelakangan ini. ianya untuk peringatan diri aq sendiri & juga kalian yang menginginkannya. fitrah kita sebenarnya untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.

mungkin sepatotnya sejak dulu aq sedar benda ni, tapi alhamdulillah Allah buka mindaku untuk 'iqra' dengan keadaan sekeliling & orang sekitar kita. aq sedar, aq perasan, & aq kagum dengan mereka semua. sedih juga aq membaca & mendengar rintihan & keluh -kesah mereka di sebalik perasaan ingin berubah & perubahan yang mereka lakukan.

mereka bertekad untuk berubah. mereka memerlukan sokongan justeru meminta pandangan. namun kebanyakkan dari kita lebih gemar memandang 'enteng' luahan meraka & meragukan apa yang diucapkannya. malahan menyatakan dengan terang-terangan yang perubahan itu tidak akan kekal lama. apa perasaan mereka???

janganlah dihina mereka andai kata diri kita lebih baik. janganlah pertahankan ego kita andai kata seseorang itu ternyata lebih baik. kerana ego, kita tidak sedar yang kita sebenarnya asyik mencari kelemahan diri individu tersebut dengan niat untuk menampakkan kebaikkan kita.

cer baca 2 kisah ni....huhuhu..(^-^)
  • ada 1 blog ni, secara tak sengaja terjumpa lalu membaca coretannya. hati dah melekat dekat blog tu. bila dibaca & terus dibaca, aq pelik kenapa dia asyik merayu agar jangan diungkit diri dia yang lepas. jangan dihina dia lagi. lalu dengan perasaan 'curious', aq pon meneliti dari bulan ke bulan, dari tahun ke tahun & akhirnya mengesahkan telahanku. tak perlu diceritakan tetapi doakanlah dia istiqamah dengan perubahannya. setuju???^_^ ...aq gembira & kagum dgn perubahan dia walaupon belum sempurna. namun usaha dia , aq kagum. tetapi, cacian yang diterima olehnya, aq hangit!..haaiissshhhh..
  • ni cerita mak pulak. ada seorang student yang buat praktikal kat hospital tempat mak kerja. dalam banyak-banyak student yang buat praktikal, dia sorang ja yang 'free hair'. tapi mak kata selain dari uniform yang dia pakai, mak hanya nampak dia pakai baju kurung dan dia sorang lah jugak yang letak telekung kat ruang solat & setiap waktu dia solat. hmmm...yang lain mungkin solat kat luar kot, harap-harapnya, insyaAllah. mak cakap la yang mak pelik tengok dia, solat tapi x pakai tudung. kemudian aq pon cakaplah kat mak, mungkin dia sedang berubah untuk jadi lebih baik. dia nak berubah! mak kata betul la tu kot. insyaAllah...^_^

tapi kena sedar yang, mmg betul bila kita semakin nak dekat dengan Allah, macam2 bentuk dugaan & ujian Allah uji kita. tapi Allah dah janjikan yang, di sebalik setiap kesusahan & kepayahan itu, terselit kesenangan yang subhanAllah hebatnya di kemudian hari.

itulah yang dikatakan bukan senang untuk jadi lebih baik, tapi tidak mustahil.

semoga hari esok lebih baik untuk kita semua, amin! ^_^

p/s: emo sikit sebenarnya, terutamanya yang blogger tu...

No comments:

Post a Comment