Monday, September 19, 2011

fatimah

"tok tgk apa kat syiling tu?" -angah

" tgk malaikat." - tok

"??????" -angah

"awat tgk saja? amik la nyawa la ni." - tok

saya sudah 'banjir' di sebalik corong telefon di gombak ini. nak sangat putuskan telefon waktu tu, tp x boleh. sedaya upaya cuba untuk mengawal nada suara supaya x dpt di hidu oleh angah.

mengalirlah andai itu boleh melegakan perasaan yang terpendam dlm hati.

namun x mampu merubah apa2...

i wanna be there!

alhamdulillah, wuduk mengurangkan keresahan...namun tidurku bertemankan air mata!

ya Allah, ampunkanlah segala dosa2 nya..

Sunday, September 11, 2011

leasure time!

We go to school, to attend the CLASS.
C.L.A.S.S. = Come Late And Sleep Silently.

at home, we have to STUDY.
S.T.U.D.Y. = Sleep, Tv, Unlimited-sms, Dota, Youtube.

In class, we're given HOMEWORK.
H.O.M.E.W.O.R.K = Half of My Energy Wasted On Random knowledge.

while doing homework, we refer to TEXTBOOK.
TEXTBOOK = TEXTting + faceBOOK.

who say study life isn't fun??? ^_^
yyyeeeeaaaahhhhhhh!!! booooooooo...!

p/s: accidentally found this on FB...it makes me laugh...but juz laugh pls..don't applied them! BUT TEXTBOOK IS.............HMMM...^_^

Friday, September 9, 2011

TOK...!

kelmarin seharian tok tak mampu bangun berdiri. nak bergerak ke sana ke mari hanya mampu mengensot. sedih hati tengok. cuba untuk tolong tok bangun, tapi tok kata tak boleh, bisa seluruh badan. aku diam.

masa aku tengah masak, tok merintih," ya Allah, siksanya ya Allah...".

aku menahan diri. aku tanya tok, dh mandi ke belum. tok cakap tok tak larat nak gerak ke mana-mana..hanya terbaring di tepi pintu dapur. bila aku ke dapur ja, tok minta air, minta makanan. maknanya masa aq kat tempat lain, kalau tok lapar atau dahaga, tok hanya mampu mengharap agar ada orang yang masuk ke dapur untuk minta tolong. ya Allah......

lepas asar mak balik umah, kemudian mak mandikan tok. mak cuci nanah kat jari kaki tok, mak berus2 tok, bagi tok mandi dengan air pucuk apa ntah la aku tak tahu. kemudian nak angkat tok masuk rumah, aku cakap kat mak," kak long cannot do this. i'm going to cry." then banjir. tapi mak sangat cool. x berubah pon riak. subhanallah!

hari ni pulak, tok kata nk duduk pon sakit. siksanya aku tengok tok makan tadi.

tok dah tak mampu nak bergerak sendiri. kenyataan yang sangat sedih untuk aku. bertambah sedih bila mengenangkan macam mana keadaan tok nnt bila semua orang tak dak kat umah. maknanya bila aku akan balik ke Uni esok. sangat sedih bila di hujung cuti panjang aku, keadaan tok macam tu....

tok, shah sangat sayang kat tok. sangat rindukan tok. terima kasih tok sebab membesarkan shah selama ni. dari kecik lagi shah duduk dengan tok. betapa sedapnya dulu makan masakan tok. sampai kawan shah pernah kata, ang ni makan mcm org tua bila shah bagitau depa makanan feberet shah.shah sanagt sayang kat tok. tapi shah x pernah habaq pon kan. sebab shah tau apa tok akan cakap. tok sangat tabah dulu, tapi sekarang...shah harap shah x kejam bila shah doakan agar Allah permudahkan pengakhiran usia tok. shah sedih tengok keadaan tok macam ni, tapi shah tau semua ini proses pengampunan Allah pd hambanya. semoga tok sihat kembali & dapat tunggu shah balik cuti lagi nnt.

please be strong shah!

Monday, September 5, 2011

ALLAHU AKHBAR

NICE QUOTES, ALLAHU AKHBAR! GOT TO SHARED HERE AS REMINDER FOR ME & ALSO FOR U GUYS......

MONEY says:
Earn me, forget everything!

TIME says:
Follow me, forget everything!

FUTURE says:
Struggle for me, forget everything!


ALLAH simply says:
JUST REMEMBER ME, I'LL GIVE YOU EVERYTHING..!

ALLAHU AKHBAR! ^_^

Monday, July 4, 2011

nak kerja??
pergi lah cari!!

dah cari. TAPI.......*_*
TAPI apa pulak dah??

sesuai ke/ka...??hmmmm
apa yang TAK SESUAI nya lagi?? cer citer

ha...ni yg nk cerita ni..! Banyak kerja yg ada aq rasa. akan tetapi kurang sesuai atau langsung tak sesuai dgn syariat ISLAM. terutamanya pemakaian. biasanya untuk perempuan lah yg susahnya. nak kerja dkt laundry hotel yg asyik mengadap mesin tu ja pon tak boleh pakai tudung. hotel tu pemiliknya orang Arab lg..tp bkn setakat front line ja yg x boleh pkai tudung, semua skali kecuali mak cik tukang sapu kt tepi2 jln nk msuk gerbang hotel...hmmm sighhhh...

aku: mak2...mak tak dak ka kenai sapa2 kt holel tuttt tu. kak long engt nk krja dekat laundry dia ka. boleh la pakai tudung sebab dok dlm tu ja.
mak: mana ada yg pkai tudung kak long oi! p kerja ja pkai tudung, masuk kerja semua jd 'TAUGEH'...
aku: hahhaha...takkan la dekat dlm laundry tu pon 'TAUGEH" jgk?
mak: ya...tu p tanya mak cik tutt...dia kerja sana.. nama ja hotel tu owner dia org Arab!
abah: so...amik la "KUCAI".
mak & aku: ha?? nak buat apa?
abah: buat sayur la...dh bnyk "TAUGEH" katanya...
aku: hahhahahahhahahhahahahahhahahaha

korang faham??

hari ni sekali lagi nak p cari kerja dekat pekan..jauh la skit. ada kerja kt tempat kawan aq ni, tp tudung dia masuk dalam baju. x selesa + segan a.k.a. malu. x ikot syariat mcm mna sepatotnya tudung tu dipakai..tp tu ja harapan yg ada buat masa ni....aduh...dugaan...ni last resort la utk hari ni..will try to find other suitable & proper job first. then, come to decision.

Sunday, June 26, 2011

BUKAN KERJA SENANG, TAPI TIDAK MUSTAHIL!

bismillahirrahmannirrahim...

bukan senang nak berubah untuk jadi lebih baik, akan tetapi tidak mustahil. inilah ayat yang kerap kali aku ucapkan terutamanya kebelakangan ini. ianya untuk peringatan diri aq sendiri & juga kalian yang menginginkannya. fitrah kita sebenarnya untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.

mungkin sepatotnya sejak dulu aq sedar benda ni, tapi alhamdulillah Allah buka mindaku untuk 'iqra' dengan keadaan sekeliling & orang sekitar kita. aq sedar, aq perasan, & aq kagum dengan mereka semua. sedih juga aq membaca & mendengar rintihan & keluh -kesah mereka di sebalik perasaan ingin berubah & perubahan yang mereka lakukan.

mereka bertekad untuk berubah. mereka memerlukan sokongan justeru meminta pandangan. namun kebanyakkan dari kita lebih gemar memandang 'enteng' luahan meraka & meragukan apa yang diucapkannya. malahan menyatakan dengan terang-terangan yang perubahan itu tidak akan kekal lama. apa perasaan mereka???

janganlah dihina mereka andai kata diri kita lebih baik. janganlah pertahankan ego kita andai kata seseorang itu ternyata lebih baik. kerana ego, kita tidak sedar yang kita sebenarnya asyik mencari kelemahan diri individu tersebut dengan niat untuk menampakkan kebaikkan kita.

cer baca 2 kisah ni....huhuhu..(^-^)
  • ada 1 blog ni, secara tak sengaja terjumpa lalu membaca coretannya. hati dah melekat dekat blog tu. bila dibaca & terus dibaca, aq pelik kenapa dia asyik merayu agar jangan diungkit diri dia yang lepas. jangan dihina dia lagi. lalu dengan perasaan 'curious', aq pon meneliti dari bulan ke bulan, dari tahun ke tahun & akhirnya mengesahkan telahanku. tak perlu diceritakan tetapi doakanlah dia istiqamah dengan perubahannya. setuju???^_^ ...aq gembira & kagum dgn perubahan dia walaupon belum sempurna. namun usaha dia , aq kagum. tetapi, cacian yang diterima olehnya, aq hangit!..haaiissshhhh..
  • ni cerita mak pulak. ada seorang student yang buat praktikal kat hospital tempat mak kerja. dalam banyak-banyak student yang buat praktikal, dia sorang ja yang 'free hair'. tapi mak kata selain dari uniform yang dia pakai, mak hanya nampak dia pakai baju kurung dan dia sorang lah jugak yang letak telekung kat ruang solat & setiap waktu dia solat. hmmm...yang lain mungkin solat kat luar kot, harap-harapnya, insyaAllah. mak cakap la yang mak pelik tengok dia, solat tapi x pakai tudung. kemudian aq pon cakaplah kat mak, mungkin dia sedang berubah untuk jadi lebih baik. dia nak berubah! mak kata betul la tu kot. insyaAllah...^_^

tapi kena sedar yang, mmg betul bila kita semakin nak dekat dengan Allah, macam2 bentuk dugaan & ujian Allah uji kita. tapi Allah dah janjikan yang, di sebalik setiap kesusahan & kepayahan itu, terselit kesenangan yang subhanAllah hebatnya di kemudian hari.

itulah yang dikatakan bukan senang untuk jadi lebih baik, tapi tidak mustahil.

semoga hari esok lebih baik untuk kita semua, amin! ^_^

p/s: emo sikit sebenarnya, terutamanya yang blogger tu...

Saturday, June 18, 2011

senyum kambing 1

masa sekarang menunjukkan pukul 2.30 petang....

Abah: ecah tak payah la mandi. kalau ecah tak mandi abah untung banyak.
ecah: hmmm.....(sambil jeling abah)
abah: dengar ni abah nak habaq abah untung apa. (sambil membilang jari) ayaq tak kering, shampoo abah tak habis, sabun abah tak habis, ubat gigi abah tak habis, minyak wangi abah tak habis, lagi apa lagi....macam-macam abah untung!
ecah: .....(khusyuk main game sambil jeling maut kat abah)
abah: ecah jangan mandi na....!


apa aq buat?? huah2...berguling-guling la aku...amik ecah amik! kak long cakap ecah buat tak reti ja...siap pakej dengan alasan yang berjuta-juta. lepas abah keluar p hantaq kimi & mirul p kelas KAFA, baru dia sibuk-sibuk nak p mandi.

oh ya! mesti pelikkan knapa hari ni hari ahad tapi ecah tak mandi. tak pergi skolah ke dia?? yup! hari ni dia ada cuti peristiwa. bangun pagi pkul 11.15. cantekk sungguh waktu bangun dia. kalau ikot hari skolah, lagi 30 minit nak balik skolah!

aduhai adik bongsuku! ^_^